Adakah Korang Mudah Menjadi Mangsa Scam? Cuba Kuiz Ini Untuk Mengetahuinya
LHDN WhatsApp korang kononnya ada tunggakan cukai dan meminta korang klik pada sebuah link dalam tempoh 24 jam. Apa yang korang akan lakukan?
Penjelasan: LHDN tidak pernah menghubungi melalui WhatsApp atau minta klik link. Pastikan korang sentiasa semak di laman rasmi.
Seseorang individu mendakwa diri dari Bank Negara memaklumkan korang terlibat aktiviti ‘money laundering’ dan suruh pindahkan wang ‘akaun selamat’. Apa yang korang akan lakukan?
Penjelasan: Bank Negara atau mana-mana bank tidak akan menyuruh korang transfer duit ke akaun luar. Ini 100% aktiviti scam.
Korang menerima panggilan daripada pihak ‘polis’ mendakwa IC korang telah disalah guna untuk tujuan jenayah. Korang diminta untuk 'membantu siasatan'
Korang lihat iklan kerja luar negara dengan tawaran gaji tidak masuk akal beserta tiket percuma. Iklan tu minta anda DM. Apa tindakan korang?
Penjelasan: Ini biasanya perangkap ‘scam pemerdagangan manusia’. Jangan mudah terpedaya dengan janji palsu.
Korang terima panggilan mengatakan terdapat ‘bungkusan luar negara’ dengan barang larangan. Korang perlu bayar jika tidak mahu dikenakan tindakan. Apa yang korang akan lakukan?
Penjelasan: Scammer akan guna alasan ‘barang larangan’ untuk kenakan bayaran palsu.
Facebook paparkan iklan iPhone RM499 beserta free shipping. Korang klik dan penjual minta bank in dahulu. Korang akan...
Penjelasan: Kalau nampak terlalu murah untuk jadi kenyataan, kemungkinan besar itu scam.
Korang terima SMS dari bank: “Login luar biasa dikesan. Klik sini untuk sahkan.” Apa tindakan korang?
Penjelasan: Jangan klik link dalam SMS. Gunakan hanya aplikasi rasmi atau laman web bank.
Korang terima mesej dari ‘kawan lama’ minta pinjam RM300 sebab kecemasan. Tapi guna nombor baru. Korang akan…
Penjelasan: Scammer sering menyamar sebagai kawan guna nombor baru. Sentiasa sahkan dahulu.
Ada 'coach pelaburan' di IG tunjuk lifestyle mewah, ajak join Telegram pelaburan kripto. Korang…
Penjelasan: Jangan masuk mana-mana skim pelaburan tanpa semak lesen atau kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti.
Korang terima SMS dari sebuah syarikat ternama: “Tahniah, anda menang RM500! Klik sini untuk tuntut.”
Penjelasan: CelcomDigi tidak akan maklumkan hadiah melalui SMS tak rasmi dan link yang meragukan.